Want your own Fotopage?

|
|
ahmadsani's FotoPage ash By: ahmadsani hasbullah
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Sunday, 5-Mar-2006 12:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 2-Mar-2006 13:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bahaya Merokok dikalangan Wanita
|
|
Bahaya Merokok dikalangan Wanita
Oleh: Ahmad Sani Hasbullah
Fakta yang dikemukakan oleh WTO, merokok bertanggungjawab menyebabkan lebih daripada tiga juta kematian setiap tahun yang mana ia merupakan penyebab utama kepada penyakit. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila perokok dikalangan wanita meningkat pada hari ini.
Kini tabiat merokok tidak lagi dipelopori oleh kaum lelaki sahaja. Peningkatan bahawa wabak merokok di kalangan wanita meningkat dengan cepat amat menakutkan.
Kajian yang dibuat diseluruh dunia termasuk Malaysia merokok dikalangan wanita berusia 19 tahun dan keatas, meningkat daripada 3.5 peratus pada 1995 ke lima peratus pada 2000.
Dengan keadaan ini menyebabkan penyakit yang jarang menyerang mereka menjadi kebiasaan. Malah bukan penyakit kronik akibat merokok ini sahaja tetapi wanita perokok mengalami kesakitan semasa datang haid dan putus haid berlaku lebih awal sminggu hingga dua minggu yang mana ia merupakan simtom-simtom mengalami ketidaksuburan.
]
Perokok dikalangan wanita bukan sahaja membahayakan dirinya seorang lagi jika dia mengandung, tetapi lebih membahayakan bayi dalam kandungannya dan keluarganya berisiko tinggi untuk mendapat penyakit.
Kesan kesihatan prenatal merokok boleh merencatkan pertumbuhan anak dalam kandungan, dianggarkan 200-250 gram lebih rendah berbanding bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak merokok.
Merokok diwaktu hamil juga boleh mengurangkan fungsi pengalihan udara bayi yang diukur sebaik sahaja dilahirkan, ini adalah akibat daripada bernafas dalam kandungan udara yang mendandungi asap rokok.
Dan apabila bayi tersebut dilahirkan dengan selamat, dia berisiko pula untuk mendapat penyakit masalah pernafasan akibat menghidu asap rokok yang dikenali penyakit Bronkis..
Siasatan yang dilakukan diseluruh dunia menunjukkan ada peningkatan penyakit Bronkis ini dan radang paru-paru dikalangan kanak-kanak yang hidup setahun dengan ibubapa yang merokok.
Pendedahan kepada asap rokok juga boleh memberi kesan kesihatan pascanatal seperti peningkatan risiko untuk penyakit SIDS (sindrom kematian mengejut), penurunan perkembangan fizikal dan peningkatan risiko untuk memberi kanser kepada kanak-kanak.
Hal ini semua akibat daripada terdedah daripada komponen asap rokok. Sebanyak 4000 bahan kimia telah dikenalpasti dalam asap rokok dan sekurang-kurang 60 daripada bahan kimia ini didapati boleh menyebabkan kanser.
Dianggarkan 14 peratus daripada seluruh kamatian membabitkan wanita berpunca daripada merokok, ini termasuk kanser paru-paru, mulut, tekk, kerongkong, larinks (kotak suara), pundi kencing, pankjreas, buah pinggang, dan serviks.
Kesan lain akibat merokok termasuk bisul peptik, kartarak ringan dan kedutan pada muka.
Sekalipun ia tidak mengancam nyawa, namum ia boleh menjejaskan kesejahteraan hidup seseorang wanita.
Bukan sahaja badan dan nafas seseorang wanita itu berbau busuk, kekurangan oksigen secara berterusan itu juga akhirnya terpancar pada kerosakan saraf dan penghadapan serta wajahnya.
Sebagai panduan, surahAl-A’raaf: 157 membawa maksud bahawa “ Nabi itu (Muhammad SAW) menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka yang buruk-buruk” menunjukkan betatapa kita dilarang melakukan sesuatu yang boleh merosakkan kesihatan kita dan yang boleh mengancam kehidupan kita.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Jan-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Model Butik sal Collection....
|
|
pic2 ni diambik di sekitar upm.... nasib baik de tandas di kawasan joging kat bukit ekspo... klu x de macam mana nak tukar baju.... model ni pun belajar kat upm, sama course nga aku, major aku jugak, tapi dia dah gred, skrang ni jadi model sepenuh masa...ehehehggh...
sebenarnyakan bayak tempat2 menarik kat upm ni.... banyak tempat dah aku ambik gambar.. nnti aku akan upload lagi...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan Rozaidah & Syahid..
|
|
Majlis perkahwinan berjalan dengan sempurna, akad nikah berlangsung di masjid Taman Maluri Cheras pada pukul 10 pagi dan majlis bersanding diadakan di rumah kedua-dua pihak pengantin... dan saat-saat indah tersebut dibekukan oleh lensa ashphotography.......
kepada Rozaidah & Syahid, selamat pengantin baru, moga2 kebahagian menjadi teman hidup anda ke anak cucu....
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
foto Journalism..
|
|
ni bru habis exam foto journalism.. dari pikul 2.00-3.30, terus update pages ni..... nasib baik ble jawab tadi... huh.... tapi susah jugak...aku buat soalan 1,3 dan 5.... lecturer aku pak ngah pakai smart hari ni...
pada pak ngah, aku nak ucapkan beribu terima kasih kerana banyak menyumbang ilmu pada aku,banyak mengajar aku dalam bidang yang aku cintai ni.. moga-moga pak ngah dapat kebahagian di dunia dan di akhirat, murah rezeki dan panjang umur..... last! nak ambik ksempatan ni nak ucapkan pada pak ngah selamat hari raya maaf zahir dan batin.. kalau saya ada tersilap terkasar masa kelas pak ngah, harap-harap di maafkan dari hujung rambut hingga kaki.....
kalau pak ngah ada bukak pages yang tak seberapa ni, harap-harap pak ngah tinggalkan komen-komen untuk saya..
wassallam....................
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
masa mahathir datang upm...
|
 |
|
Antara Hadirin yang hadir
|
|
 |
|
yang baju pink yang paling beria-ria
|
|
 |
|
peminat setia Dr. mahathir
|
| | View all 7 photos... |
|
Kekuatan pengaruh seorang tokoh
Oleh: Ahmad Sani Hasbullah
Baru-baru ini kisah wakil Amerika Syarikat(AS) dan Britain mengambil tindakan keluar dewan semasa Tun Dr. Mahathir sedang memberi ucapan pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengejutkan sebilangan besar hadirin
Keadaan tersebut menunjukkan wakil dari AS dan Britain tersebut tidak bersependapat dengan ucapan oleh Tun. Dr. Mahathir. Mereka , Duta AS Cristoperr J. LaFleur dan Pesuruhan Tinggi Britan ke Malaysia Bruce Gleghorn berkata kepada akhbar Utusan Malaysia 9 September “saya mendapati saya mendengar cacian dan gambaran yang salah mengenai negara saya. Justeru itu saya keluar”.
Atas dasar hak asasi manusia, bekas Perdana Menteri dalam ucapannya dengan lantang mengkritik dasar pilih kasih negara kuasa besar itu termasuk layanan berbeza-beza terhadap negara yang dianggap sahabat dan musuh.
Oleh kerana tidak tahan dengan kritikan pedas Dr. Mahathir, Duta AS, Christopher J. LaFleur dan Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Bruce Cleghorn bangun meninggalkan dewan persidangan.
Bagi seorang tokoh yang terkemuka seperti Tun. Dr. Mahathir, beliau tidak pernah menyokong dasar-dasar AS keatas negara-negara yang lemah, contohnya keatas negara Iraq dan Afganistan. Beliau yang juga berkata dalam akhbar dan tarikh yang sama, “Saya mempunyai hak untuk memberi pandangan, mengkritik mereka (AS dan Britain) atas tindakan pilih kasih mereka''
Menurut Tun Dr. Mahathir, diplomat Barat itu juga mempunyai hak untuk membantah dan tidak bersetuju dengan pandangannya.
"Mereka perlu mengiktiraf hak saya untuk memberi pandangan. Jika mereka tidak membenarkan saya memberi pandangan tentang perbuatan mereka, ini bermakna mereka menafikan hak saya untuk bersuara"
Kelantangan beliau dalam memberi ucapan yang pedas kepada kuasa besar seperti AS dan Britain sebenarnya menunjukkan pendiriannya yang kukuh dan yakin untuk menunjukkan keadaan yang sebenarnya berlaku keatas dunia.
Walaubagaimanapun Malaysia adalah jauh lebih kecil berbanding AS dan Britain malah beliau juga sudah bersara dengan jawatan Perdana Menteri, tetapi dengan menggunakan kekuatan pengaruh yang ada pada beliau, beliau mampu untuk menkritik AS dan Britain dalam kempen memerangi pengganas yang kononnya mereka(AS) polis dunia.
Walaupun Tun Dr. Mahathir sudah bersara dalam dunia kerjayanya, tetapi beliau tidak berdiam diri dalam menggunakan pengaruhnya untuk memberi sumbangan kepada dunia. Dalam usianya ini, beliau tidak putus-putus dalam memberi idea, pendapat dalam banyak perkara malah menjadi penasihat dan pengerusi kepada banyak syarikat dan pertubuhan dalam dan luar negara.
Kata-kata seseorang yang berpengaruh seperti beliau amat bermakna bukan sahaja kepada negara malah kepada dunia khususnya kepada negara-negara lemah yang memerlukan perhatian yang sewajarnya.
Beliau yang dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Alor Setar, Kedah dan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 Julai 1981 mempunyai ranjau politiknya yang tersendiri. Beliau yang banyak menyumbang kepada kemajuan negara, daripada pencetus idea Perusahaan Outomobil Nasional(Proton), Menara Berkembar Petronas (KLCC), Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Sepang International Circuit(SIC) sehinggalah kepada projek kemajuan kompleks pejabat-pejabat kerajaan, Putrajaya dan Malaysian International Super Corridor (MISC) menjadikan beliau dikenali dengan bapa kemodenan Malaysia oleh rakyat.
Tokoh yang terkenal sebagai pejuang dunia ketiga ini bukan sahaja memberi sumbangan yang besar didalam negara tetapi dengan pengaruh yang kuat beliau begitu disegani serantau dan sememangnya dunia sekarang memerlukan pemimpin seperti beliau khususnya dalam menangani isu-isu yang melibatkan negara islam yang tertindas.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pic2 yang pernah aku ambik
|
|
|
[img]
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
pic2 masa hantar untuk pertandingan fotografi "budibahasa"
|
 |
|
mashkuri... aku suruh belakon... bagi kad matrik...
|
|
 |
|
dompek jatuh...huh....
|
|
 |
|
anis nga sal... tolong ambik buku...
|
|
|
|
ni antara pic2 masa pertandingan fotografi digital anjuran fakulti bahasa moden dan komunikasi... pertandingan ni bertemakan "budibahasa"
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kuala Lukut N. Sembilan
|
 |
|
Nelayan yang baru pulang dari laut bersama hasil tangkapan
|
|
 |
|
Kapal-kapal berlabuh bersedia menerima tugas pada bila-bila masa
|
|
 |
|
Permandangan persekitaran Kuala Lukut kecil
|
| | View all 12 photos... |
|
Ketenangan dalam keunikan Kuala Lukut
Oleh: Ahmad Sani hasbullah
Air yang payau adalah sinonim dengan pelabuhan nelayan-nelayan, begitulah juga Kuala Lukut,Negeri Sembilan.
Dalam kesibukan para nelayan Kuala Lukut mencari rezeki di laut yang kaya dengan kehidupan misteri, satu keunikan yang tersendiri disebaliknya. Cara kerja yang unik dengan mengharungi gelora ombak dan membawa pulang hasil yang tidak menentu.
“Bertolak dari tempat air payau dikelilingi pokok-pokok Bakau yang damai, menuju ke air masin yang lapang dan pulang dengan hasil tangkapan sambil ahli keluarga dan rakan-rakan sedang menunggu di jeti” itulah rutin sesetengah penduduk di Kuala Lukut. Selain rakan-rakan dan ahli keluarga, jetinya di kerumuni oleh amjing dan kucing yang turut serta menunggu habuan menjadi keaadaan riuh rendah apabila ada nelayan yang baru pulang baru pulang.
Ketenangan yang tersimpan di Kuala Lukut dengan penduduk yang peramah menjanjikan kesan yang berbeza pada sesiapa yang berkunjung ke sana. Bagi seseorang yang mencari ketenangan yang berbeza, melihat kelakuan nelayan dari jeti adalah sudah mencukupi. Para nelayan yang begitu tenang menjahit pukat yang terkoyak di atas bot sambil nelayan lain berjangkit-jangkit di atas bot-bot menjadikan suasananya tenang yang berbeza berbanding hiruk-pikuk pengunjung di pantai Port Dikson yang tidak jauh darinya.
Nelayan-nelayan di Kuala Lukut yang rata-ratanya berbangsa cina yang berkulit agak gelap, berbeza dari nelayan di pantai seluruh Negara yang mana kebanyakannya berbangsa melayu.
Pekerjaan nelayan tidak begitu popular di negeri sembilan berbanding pekerjaan lain ditambahkan lagi Kuala Lukut juga adalah kawasan nelayan yang paling dekat dengan ibu Negara, Kuala Lumpur menjadikan ia ditengelamai arus kemodenan Bandar. Kawasan pelabuhan bot nelayan yang tidak besar, jeti yang buruk dan para nelayan yang sudah berumur menampakkan tradisinya makin disisihkan.
Tetapi bagi segelintir penduduk yang begitu meminati laut, dia mempunyai persepsi yang berbeza terhadap laut. walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap tetapi masih lagi sanggup berjemur dibawah matahari terik dengan menjadi nelayan.
Jakie, salah seorang penduduk Kuala Lukut yang menjadikan pekerjaan nelayan sebagai mengisi masa lapang berkata “ saya tidak menghiraukan hasil tangkapan, banyak atau sikit tidak penting, selagi perahu saya boleh bergerak dan saya mempunyai masa, saya akan ke laut.”
Jakie yang juga mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji yang lumayan menjadikan nelayan sebagai pekerjaan sambilan untuk mencari ketenangan. Baginya ketenangan apabila ke laut tidak ada tolok bandingnya, apatah lagi apabila mendapat hasil tangkapan yang lumayan
“ saya berasa tenang di laut, saya berasa tenang menjadi seorang nelayan. Nelayan adalah pekerjaan yang unik bagi saya” katanya.
Selain daripada kehidupan nelayan, dalam perjalan yang panjang sebelum sampai ke Kuala Lukut, mata disajikan dengan khazanah alam yang amat berharga.
pokok-pokok Bakau yang tumbuh dengan subur di tanah berselut adalah satu ciri-ciri ketenangan yang dimaksudkan terdapat di Kulala Lukut. Pokok-pokok ini yang tumbuh dengan liar berguna untuk membuat bahan bakar. Ia diproses untuk dijadikan arang.
Pada persisiran air, dengan tanah yang berselut dan berbatu ini, menjadikan habitat yang sesuai untuk sesetengah haiwan kecil seperti ketam. Manakala kehidupan kecil ini menjadi salah satu sumber makanan kepada anjing-anjing dan kucing yang banyak berkeliaran di tempat tersebut. Ekologi yang tersusun ini menajdi lebih menarik bagi sesiapa yang mengamatinya.
Di persekiran Kuala Lukut tidak mempunyai kemudahan chalet sepertimana ditempat yang popular, tetapi dengan kunjungan spontan sambil melihat gelagat dan aksi nelayan inilah yang menjadikan ia menarik.
Memang tidak dinafikan, banyak tempat yang menarik boleh dikunjungi, tetapi Kuala Lukut pasti menjanjikan ketenagan dengan keunikannya yang tersendiri dan berbeza.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 31-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kemerdekaan
|
 |
|
Tugu negara menjadi simbol ingatan kepada pahlawan yg terkorban
|
|
|
Pahawan terkorban kita tertewas
Oleh: Ahmad Sani Hasbullah
Genap 48 tahun rakyat Malaysia menyambut hari ulang tahun kemerdekaan Negara. Sambutan yang diadakan pada 31 ogos pada tiap-tiap tahun bagi mengingati hari paling bermakna buat Negara kita.
Dalam kita menyambut kemerdekaan yang gilang-gemilang dengan menjadikan satu kewajipan dengan melihat percikan bunga api yang cantik, adakan kita sedar akan penjajah yang hadir pada masa dahulu dengan peperangan meninggalkan sesuatu untuk kita.
Dengan tidak keterlaluan dikatakan, kita sebenarnya secara tidak langsung kita memuja bangsa yang telah menjajah negara kita. Setiap perkara yang sampai ke negara ini kita hormati dengan selesa. dengan kata mudah kita bangga menggunakan kereta, idea, muzik, pakaian dan sebagainya. ya.. memang produk dari barat adalah terbaik tetapi adakah kita tidak malu dengan kelihatan bodoh membandingan barang barat dengan barangan tempatan sedangkan negara kita baru 48 tahun merdeka hendak dibandingkan dengan negara maju yang sudah lama merdeka. Jangan terasa marah dan usah panas dikatakankan kita sangat berbangga memperlekehkan barangan tempatan sambil ketawa berdekah-dekah dengan membuat lawak yang tidak berapa lucu di warung, bukannya hendak memikirkan sesuatu yang bernilai bagi kemajuan bangsa dan negara.
Memang tidak dinafikan kita mempunyai hak untuk menilai barangan untuk kebaikakan kita, anak-anak kita tetapi baguskah kita mengkritik secara busuk atau tidak sihat barangan tempatan seperti kereta buatan tempatan. Adakah kita sedar proton adalah aset yang besar untuk negara? Adakah kita sedar pencetus idea proton ingin melihat negara Malaysia adalah sebagai pengeluar outomotif terkemuka suatu masa nanti? Adakah kita sedar perkerja di proton adalah anak bangsa kita? Adakah kita sedar vendor-vendor kepada kereta proton adalah wajib bumiputera? Sepatutnya apa yang dicapai sangat dibanggakan, dihormati dan selalu memberi idea yang baik untuk kemajuannya bukan dengan kritikan bodoh. Jikalau Pendeta Za’ba masih hidup, beliau akan menangis melihat anak-anak bangsanya dipengaruhi barat.
Apa yang menjadi lebih teruk, walaupun hasil daripada barat itu buruk, dengan cepat kita mengatakan ia hebat. Dengan mengambil contoh yang mudah seperti muzik. Kita sanggup mengubah imej yang terlampau hanya semata-mata mengikut trend muzik barat.
Dengan apa yang dikatakan diatas hanyalah terjurus kepada satu-satu perkara untuk kita faham fenomena yang telah berlaku keatas bangsa kita. Penulis berkata demikian juga bukannya berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa tetapi untuk kita semua insaf dan berkorban dalam apa jua bentuk untuk negara kita.
Dengan nada terharu, usaha-usaha pahlawan dan semangat getir pahlawan-pahlawan yang menyumbangkan keaarah kemerdekaan sangat beerti unutk Negara Malaysia.
Tertewasnya pahlawan-pahlawan Negara ini di medan peperangan menentang penjajah tidak bermakna kekalahan buat mereka tetapi semangat nasionalisme menegakkan hak-hak tanah air yang tidak putus-putus sehinggalahlah tercapainya merdeka menjadi titik tolak kepada kemajuan negara.pada masa sekarang. Ini bermakna setiap pahlawan yang terkorban memberi makna yang besar pada negara. Kepada semua pahlawan- pahlawan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal, ucapan tahniah dan sekalung terima kasih untuk mu.
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 > >>] [Archive]
|
|
 |
|